PENTAFSIRAN DAN PENTERJEMAHAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Kurikulum merangkumi perkara yang paling besar seperti (semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah) dan yang paling kecil ( perkara yang diajar di sekolah), kurikulum dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu kurikulum sebagai program yang di rancang dan dilaksanakan di sekolah. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan, pengalaman individu dan masyarakat secara individu atau kumpulan. Menurut Bellack dan Kliebard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, telah memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga yang diklasifikasikan tadi terbentuk pula beberapa domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran intelektual, manipulatif, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Selain itu, Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum adalah perancangan pembelajaran dan semua kurikulum mempunyai elemen yang di tetapkan seperti pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran.  

Intro with video

Hubung kait kurikulum

KURIKULUM KEBANGSAAN

Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 

KURIKULUM SEKOLAH

Sekolah Rendah

Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekolah Menengah

Kurikulum yang dinamik mampu berubah mengikut perubahan semasa. Perkembangan kurikulum di Malaysia bermula dari zaman Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM), yang di mana hari ini diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pemangkin kepada setiap fasa perubahan ini ialah guru. Menurut Azizi (2019), guru adalah insan yang melaksanakan dasar kurikulum untuk mencapai matlamat yang digariskan. Oleh itu, guru perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terlaksana mengikut objektifnya 

KURIKULUM BILIK DARJAH

Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal di sesebuah bilik darjah serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

Tempoh komprehensif pelbagai Tindakan guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Tindakan yang digunakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan di dalam bilik darjah.  

RINGKASAN KANDUNGAN

Hubungkait kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah dan kurikulum bilik darjah

Dokumen Rujukan Kurikulum dalam bilik darjah

Jenis Pengetahuan Kandungan matapelajaran

Jadual Spesifikasi Kandungan(JSK)

Kriteria memilih kandungan mata pelajaran 

Mobirise Website Builder

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

PENSYARAH

DR ZAINI BIN ABDULLAH

SUBJEK

KPF 4023 (PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH)

KUMPULAN

D

Ahli Kumpulan

Mobirise Website Builder

 WAN NUR AIDA BT WAN MAZLAN

L20222014963
Mobirise Website Builder

SYAFIAH BT SAIUTI

L20222014862
Mobirise Website Builder

SYAZWANI BINTI JUSOH

L20222014978
Mobirise Website Builder

NOR AMNAH BINTI ZAMRI

L20222014887
Mobirise Website Builder

NOOR SAKIENA BINTI MANSUR BINTI JUSOH

L20222014946

Free AI Website Creator