Pengetahuan yang berkaitan dengan fakta dan maklumat-maklumat umum yang boleh dihuraikan atau diperjelaskan dan disimpan dalam dua bentuk, iaitu:
Ingatan semantik - Melibatkan maklumat seperti konsep, prinsip, peraturan, strategi menyelesaikan masalah dan boleh dihuraikan dan dijelaskan, disimpan dalam ruang rujukan, iaitu rangkaian idea yang berkaitan antara satu dengan yang lain.
Ingatan berepisod - Merupakan pengalaman kendiri yang berbentuk cerita dan analogi.
Fakta
Fakta merupakan elemen-elemen asas yang perlu diketahui oleh murid. Contoh: Suhu bulan Januari di Tanjung Malim adalah 35 C
Konsep
Mengetahui maksud sesuatu perkataan, istilah, simbol bahasa dan bukan bahasa dengan tepat. Contoh: Fotosintesis, kelembapan, kecerunan, pertumbuhan, pemelowapan.
Prinsip
Garis panduan, peraturan, atau parameter untuk mengawal tindakan (apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan) Contoh: Prinsip graviti, prinsip Rukun Negara, prinsip permintaan dan penawaran.
Teori/Hukum
Pernyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu perkara. Contoh: Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, teori evolusi, teori graviti.
Generalisasi
Pernyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep. Contoh: Dengan ada graviti maka semua objek yang dilambung ke udara akan jatuh semula ke bumi.
Pengetahuan Prosedural
Pengetahuan mengenai bagaimana untuk melakukan sesuatu dan bagaimana untuk melaksanakan langkah-langkah dalam sesuatu proses.
Proses
Aliran atau aktiviti yang menerangkan tentang bagaimana ianya berfungsi dan bukannya bagaimana untuk melakukan sesuatu. Terbahagi kepada 2 proses: i. proses untuk menggambarkan aliran kerja ii. proses teknikal yang menerangkan bagaimana sesuatu berfungsi.
Kaedah
Tatacara melaksanakan sesuatu aktiviti, program, kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif/matlamat. Semua langkah atau prosedur untuk mencapai objektif yang ditetapkan mengikut proses-proses secara saintifik. Proses secara saintifik boleh diuji dan diulang uji tahap keberkesanannya.
Prosedural
Satu tindakan atau keputusan mengikut langkah demi langkah untuk mencapai sesuatu objektif. Tindakan terbahagi kepada dua iaitu linear dan bercabang. Pengetahuan tentang cara, kaedah, atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai.
Tatacara
Cara dan peraturan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti mengikut turutan secara sistematik dan betul. Dikenali juga sebagai tata kelola.